Saturday, December 12, 2009

Sejarah PJJ di Malaysia

Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian tinggi yang pertama menjalankan sistem PJJ sejak 10 tahun yang lalu. Pencapaian dan kejayaannya amatlah membanggakan. Pada tahun 1990 Institut Teknologi Mara (ITM) pula telah menawarkan kursus-kursus peringkat diploma dan juga merupakan satu lagi pusat pengajian tinggi yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik rakyat Malaysia bumiputera menjadi profesional yang berkaliber, berdikari dan berilmu bagi mencapai pembangunan sosio ekonomi negara. ( Shereen Harun ,Jan 1995).

Begitu jugalah dengan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR), telah bekerjasama dengan Science Application International Corperation (SAIC) Amerika Syarikat akan mula menawarkan kursus-kursus secara ‘konsep universiti maya’. (Sunday Star, 16 Feb. 1997). Kesemua institut pengajian tinggi ini menawarkan kursus-kursus di peringkat ijazah dan diploma mengikut program pengajian jarak jauh.

Selain daripada itu terdapat juga cadangan untuk menubuhkan universiti multimedia berkonsepkan program PJJ oleh KUB Malaysia Berhad yang berpusat di Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan cara ini pensyarah dan pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan menggunakan peralatan multimedia sama ada di pusat berkenaan atau terus dari rumah pelajar berkenaan (Utusan Malaysia, Mei 1997).

Konsep Pengajian Jarak Jauh

Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatu subjek mengikut selera ataupun kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:

1. Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.

2. Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari .

Rasional Pemilihan Tajuk

Memandangkan kepada permintaan pelajar ke institusi pengajian tinggi samada institusi pengajian tinggi awam atau swasta begitu mendapat sambutan dan ada diantara mereka yang sehingga kini masih belum mendapat tempat untuk belajar, maka Pengajian Jarak Jauh merupakan salah satu alternatif untuk mereka meneruskan cita-cita murni tersebut. Melihat kepada keperluan inilah maka kami bersetuju untuk mengkaji apakah konsep dan aspek yang menyumbang kearah perkembangan dan pertumbuhan sistem PJJ dan apakah kebaikan dan kelemahan yang wujud di atas pelaksanaan sistem ini kepada pelajar?. Ini disebabkan Sistem PJJ ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang unik di mana pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang telah bekerja dan mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul. Namun begitu usaha untuk mendapatkan segulung Diploma atau Ijazah adalah menjadi matlamat yang pertama.

PENDAHULUAN

Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menigkatkan mutu kehidupan. Di negara maju, istilah Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bukan lagi merupakan istilah baru. Sistem PJJ telah diterima di seluruh dunia sebagai pendidikan yang sah dan diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang lain. Kemajuan PJJ amatlah penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal (Shireen Haron, Jan 1995)

Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ)

PJJ merupakan satu teknik pembelajaran self learning menggunakan teknologi internet sebagai media perantaraannya.Kemudahannya memudah pembelajaran dicapai secra di hujung jari.Pendekatan telah banyak dilakukan oleh pelbagai institusi pendidikan di negara ini.Melalui kaedah ini ilmu dapat dicapai secara pantas dan berkesan.

Saturday, August 1, 2009

Sekilas Pandang

Perkembangan dunia Teknologi informasi yang begitu pesat telah mewujudkan satu industri pembelaran secara jarak jauh.Pembelajaran jarak jauh ini memudahkan lagi penguna-penguna untuk mepertingkatkan ilmu pengetahuan tanpa sepadan umur dan tempat.Kebanyak universiti menggunakan perkhidmatan ini untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran bagi pelajar di luar kampus.

Pembelajaran Jarak Jauh © 2008 Por *Templates para Você*